Saturday 15 October 2011

sup Mr.crab, nasi ayam versi Bubu n kek carr0t tanpa make-up..

Assalamualaikum......hai!
arini merupakan ari pertama kak amy menulis di blog bukan apa saje kak ami nak brkongsi resepi dr air tgn sendiri utk sapa2 yg sudi n berminat....blog ni pun kak ami suruh my dotter buatkan Thankz ya Jnnh Anis .. lagi satu nama bubu yg sinonim ngan nama2 resepi kak ami adalah satu panggilan dr ank adik iaitu daaris.. kak ami memang suka sangat dengan nickname nie :) Terima kasih Raja Ahmad Daaris sebab bagi name yg amat2 special niee :')

Hari sabtu nie ingatkan nak rehat.. malas nak masak, tapi tetibe pulak husband kak ami beli mr.crab(ketam).. dia suruh buat sup... sebab katanya anak kak ami yg bongsu '' Ahmad Danish Hafizh '' suke makan sup mr.crab.




cara kak ami buat sup nie amat simple aje.. kak ami tumis seperti biasa, masukkan sup bunjut.. kemudian terjunkan kentang dan tomato dah siap !

kebelakangan nie entah ape pasai pulak kak ami TERrajin nak memasak.. semalam pelbagai juadah kak ami buad.. pepagi semalam, husband kak ami ajak ke market, beli ayam nak masak nasi ayam..



inilah hasilnya :) , recipenye kak ami maen agak2 aje.. tapi mendapat pujian jugak, sedaappp....hehehhehe..

1. ayam direbus dengan beberapa hirisan halia dan bawang putih yg diketuk.
2. setelah ayam empuk, ayam tu diperap dgn sos tiram, halia dan bawang putih beberapa minit, kemudian goreng.
3. air rebusan ayam itu jangan dibuang untuk sup dan selebihnya masukkan kedalam nasi.
4. bahan utk nasi pula kak ami guna beras basmathi.
5. bawang merah dan halia ditumis dgn mentega sehingga naik bau kemudian masukkan beras td untuk digorang bersama.
6. lepastu masukkan beras yg telah ditumis bersama bahan2 tadi kedalam rice cooker, masukkan air rebusan ayam, garam, bahan perasa dan sedikit serbuk kunyit.. biar nasi masak sehingga kering.. siaplaa :)

malam semalam pulak, kak ami buat kek carrot..kek carrot tanpa make up, hihihi.. sebabnya, kak ami buat yg asas saje.. tanpa krim.


1. pukul 150 gram mentega dan 300gram gula sampai kembang
2. masukkan 3 biji telur, satu persatu..
3. then, masukkan 260gram tepung kek, 7gram serbuk penaik dan carrot yg telah diparut lebih kurang dua biji. kacau dan pukul sehingga sebati.
4. masukkan 1cawan nestum kedalam adunan tadi.
5. akhir sekali masukkan sedikit air sejuk dan bakar selama 1 jam.. DONE!



es0k kak ami upl0ad gamba dan recipe laen.. see u ! byee :)