Friday 17 August 2012

Wednesday 8 August 2012

Nasi Hujan Panas


Bahan - bahan :
4 sekawan - bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis - tumiskan
1 inci halia ditumbuk
bawang merah dan bawang putih ditumbuk
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 batang serai
2 batang daun pandan
1 kiub pati ayam
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan margerin
garam dan pewarna hujau, merah, kuning .

Cara membuat :
1. Panaskan minyak sapi dan margerin. masukkan bahan tumis , serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan garam biarkan sehingga mendidih
3. Masukkan susu cair, kiub pati ayam dan beras , kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
4. Apabila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada satu tempat yg berlainan
5. Biarkan sehingga nasi masak dan kering. kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi
6. Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang .... siap dah !

Sambal Goreng Sotong + Kentang


Bahan-bahan
5 ekor sotong ( disiang )
3 biji kentang dipotong wedges
cili kering dikisar
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 susu cuka
sos tomato, gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Kentang digoreng.
2. Tumiskan bahan yg dikisar sehingga wangi dan masukkan sos tomato, cuka, gula dan garam. kacau rata sehingga pecah minyak
3. Masukkan sotong dan kacau sekali lagi
4. Masukkan kentang yg digoreng tadi, gaul dan tutup api..... Dah siap !

Bendi Goreng Berlada


Bahan - bahan:
Bendi
2 sudu makan udang kering ditumbuk
5 biji cili merah dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
Sedikit air n garam

Cara membuatnya:
1.Bendi dibasuh dan dipotong serong
2.Tumiskan bahan yg ditumbuk dan udang kering sehingga wangi
3. Masukkan bendi , air, garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, kacau rata dan sedia diangkat

Tuesday 7 August 2012

Nasi tomato

Bahan A
5 cawan beras di cuci dan toskan
1/2 cwn susu cair
4 biji tomato dicincang
1/2 cwn sos tomato
3 sudu mkn minyak sapi
garam secukup rasa
6 cwn cair
daun pandan
2 btg serai
kismis
Bahan B bagi menumis
3 ulas bwg putih dihiris
5 biji bwg merah dihiris
sedikit halia dihiris
4 sekawan-buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis n bunga lawang.

Cara membuat
1. panaskan minyak sapi didalam kuali dan tumiskan bahan tumisan, serai dan daun pandan sehingga wangi.
2. masukkan tomato, garam, kismis, susu cair, air dan biarkan mendidih.
3. masukkan bahan tumis kedalam beras didalam periuk nasi. biarkan masak
4. apabila nasi sudah kering , kacau rata dan sedia dihidangkan

Ayam madu

Bahan -bahan:
Beberapa ketul ayam yg siap digoreng kunyit + garam
4 sudu makan sos tomato
I cawan kacang pis
1 labu bawang besar dimayang
3 sudu makan madu
Cili kisar
1 labu bwg besar dikisar
3 ulas bwg putih dikisar
sedikit halia dikisar
4 sekawan- sedikit kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga n bunga cengkih.
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumis 4 sekawan,bahan kisar sehingga wangi kemudian masukkan sos tomato,madu,bawang besar n kacang pis. Masukkan ayam gaul rata dah siap!

Kerabu nenas (Jelatah)

Bahan-bahan:
Nenas dipotong kecil n nipis
Timun dipotong kecil n nipis
1 labu bawang besar dihiris
2 biji cili merah dihiris
2 biji cili hijau dihiris
2 sudu makan cuka
Gula n garam secukup rasa...gaulkan kesemua bahan bersama sedikit garam.gula n cuka.
Siap!

Saturday 4 August 2012

Homemade flake kelapa macaroon biscuit raya

Bahan-bahan:
620 gm kelapa parut
250 gm susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cip coklat

Cara membuatnya:
Masukkan kelapa parut,susu pekat,esen vanilla dan cip coklat ke dalam bekas.Adun selama 2 minit menggunakan mesin pengadun.Kemudian bentukkan doh menjadi bulat mengikut saiz yg dikehendaki at last bakar pada suhu 175c selama 15 minit.

Friday 3 August 2012

Homemade nasi lemak sri pandan

Untuk nasi lemak sri pandan
Beras dibasuh dan ditoskan
Santan
10 helai daun pandan dikisar,ditapis ambil jusnya
sedikit hirisan halia
3 biji bwg merah(dihiris)
Garam n gula secukup rasa.

Cara membuat nasi lemak
Daun pandan dikisar dan ditapis ambil jusnya
Masukkan semua bahan kedlm periuk termasuk santan dan air pandan.Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi sudah kering,kacau rata dan boleh dimakan bersama sambal ikan bilis..

Thursday 2 August 2012

Bihun goreng kampung wth kangkung

Bahan n cara nak membuatnya sama saje mcm membuat bihun goreng biasa bezanya ialah style kampung ni hanya masukkan cili padi yg diketuk dan bahan tumisan masukkan udang kering yg dikisar dan gantikan sayur sawi kpd sayur kampung.....Selamat Buad!

Wednesday 1 August 2012

Ikan bawal masak masam manis + nenas

Bahan A:
Ikan bawal digoreng bersama serbuk kunyit + garam.
Bahan B:
5 biji bwg merah dihiris
3 biji bwg putih dihiris
sedikit halia
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 biji cili merah dipotong  or if nak pedas ketukkan beberapa biji cili api
sedikit air
2 biji tomato dan hirisan nenas
daun bawang + sup
Garam,gula n serbuk perasa.
Cara membuat:
Tumiskan bwg merah,bwg putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos cili,sos tomato n sedikit air.
Kemudian masukkan cili merah(cili api yg diketuk),garam n gula juga buah tomato dibelah 4 n hirisan nenas.
Apabila kuah pekat,tuangkan atas ikan.Hiaskan dgn daun bawang+sup...done!

Ketam goreng cili

Bahan-bahan:
Fresh ketam(digoreng bersama serbuk kunyit+garam)
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato (agak2 ikut berapa ekor ketam yg nak dimasak)
Hirisan halia
5 ulas bwg putih
2 btg serai
5 ulas bwg merah
Garam,gula n serbuk perasa n cuka.
Cara Membuat:
Tumiskan bwg merah,bwg putih,halia,serai sehingga wangi n masukkan sos cili,sos tomato,garam,gula n cuka.Kemudian masukkan ketam n gaul seketika.Angkat hiaskan!

Tuesday 31 July 2012

Cendawan goreng tepung wth black peper

Bahan - bahan:
Cendawan tiram (oyster mushroom)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu tepung beras
Sedikit kapur
Sedikit garam
Sedikit air
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Semua bahan dicampur seperti membuat bancuhan pisang goreng kemudian celupkan cendawan dan digoreng ranggup......taburkan sedikit serbuk black pepper.
Utk memudahkan boleh mengguna tepung yg sudah siap dibeli dan boleh jgak menggunakan sotong ,udang or ayam...

Monday 30 July 2012

Ayam masak hijau

Bahan A
Beberapa ketul ayam
4 btg serai diketuk
1 labu bwg besar dipotong gelang
2&3 biji limau kasturi diambil jusnya
garam n serbuk perasa

Bahan B (Dikisar)
5 biji cili hijau
20 tangkai cili api hijau ikut pedas
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
sedikit halia

Cara membuadnya:
Ayam digoreng kunyit seperti biasa.
Tumiskan bahan yg dikisar dan serai sehingga wangi n pecah minyak
Masukkan ayam,bwg besar dan garam.
Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi dah siap!

Daging masak sambal kicap


Bahan A
Daging
1 btg serai diketuk
5 helai daun limau purut dikoyak
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
1 labu bawang besar dipotong gelang
minyak utk menumis
garam

Bahan B
Cili kisar
5 biji bwg merah
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit air

Cara Membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar dgn serai sehingga wangi.
2.Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut dan masukkan sedikit air sampai pecah minyak
3.Maukkan daun limau purut,sos tomato,kicap dan bawang besar dipotong gelang.
4.Masak sehingga pecah minyak dan sedia dihidang.


Saturday 28 July 2012

Homemade london oat raya cookies

Bahan-bahan:
140 gm butter
60 gm oat
45 gm gula kastor
60 gm kelapa kering
45 gm tepung jagung

Bahan hiasan:
Coklat masakan

Cara menyedia:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati.Masukkan kelapa kering dan gaul sebati.
2.Selepas itu,masukkan pula oat dan tepung jagung.Gaulkan doh sehingga sebati.
3.Kemudian bentukkan atau tekan meggunakan acuan.
4.Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.Setelah biskut sejuk,barulah dihiaskan.
    Selamat Buad!

Friday 27 July 2012

Homemade choc monster cookies

Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising
80 gm serbuk coklat
50 gm tepung ubi
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum

Cara membuatnya:
1.Campurkan mentega,gula aising dan pukul sehingga kembang.
2.Masukkan serbuk coklat dan gaul rata.
3.Masukkan pula tepung ubi,tepung jagaung dan tepung gandum gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut.
4.Canai dan terapkan mengunakan acuan mengikut citarasa.
5.Bakar selama 20 minit bersuhu 180c.....Selamat Try!


Homemade M&M's cookies

Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising
80 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
Cara membuatnya:
1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.
2.Masukkan semuan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata menjadi doh.
3.Bulatkan adunan dan masukkan dalam paper cup.
4.Hiaskan dgn M&M's.......bakar sehingga masak selama 20 minit bersuhu 180c.

Thursday 26 July 2012

Kurma telur wth kentang


Homemade murtabak maggi 4 sahur

Bahan n cara nak membuat murtabak maggi ni telah pun Kak Ami share dalam menu terdahulu yea....Selamat Buad!

Ayam goreng rempah

Resepinya Kak Ami dah share n post dalam menu terdahulu....

Kari isi ikan merah wth bendi

Bahan dan cara nak membuatnya sama seperti biasa ...

Tuesday 24 July 2012

Puding Caramel Gula Hangus

Bahan A (Karamel)
3 sudu makan gula halus
3 sudu makan air

Bahan B (Puding)
1 tin susu pekat (400 mililiter)
2 cawan air
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung jagung

Cara membuatnya:
1.Cairkan gula n air sehingga pekat(karamel) didlm kuali yg tidak lekat n tuangkan ke dlm loyang
2.Masukkan semua bahan puding dan gaul rata
3.Masukkan ke dlm loyang yg berisi karamel
4.Kukuskan selama 40 minit.Sejukkan semalaman
5.Terbalikkan perlahan-lahan ke dlm mangkuk n hidangkan(boleh hiaskan dgn buah2an koktel).....

Mr Squid Masak Kicap

Menu yg simple....Selamat Buad!!

Sambal tumis ikan masin

Bahan n cara nak membuad sambal tumis ikan masin ni sama dgn sambal ikan bilis cuma ikan masin tu digoreng terlebih dulu.....simple but menyelerakan...Selamat Buad :)

Menu 4 sahur - ikan bilis goreng n sardin tumis



Daging black pepper


Daging yg dipotong diperapkan bersama sos tiram,lada hitam yg ditumbuk but Kak Ami guna black pepper yg already made beli je....sedikit serbuk perasa selama setgh jam....bahan lain seperti bawang besar dipotong gelang.bawang putih dihiris nipis n sedikit halia tumis sehingga wangi n kemudian masukkan daging yg diperap tadi bubuh sedikit air masak sehingga daging lembut n at last masukkan sayur depand on u...Kak Ami masukkan brocolli....*bawang besar dipotong gelang masukkan last bersama beberapa cili api yg diketuk* siap dah!!

Sunday 26 February 2012

sayur campur

Sayur-sayuran depend on u ikut citarasa...tumis seperti biasa :)

Ikan Sumbat

 

Nnti Kak Ami share recipe n cara membuadnya....

Saturday 11 February 2012

apam gorgeous

Recipe Kak Ami penah share dlm post terdahulu.....

Monday 30 January 2012

Sunday 29 January 2012

Puding Roti


kak ami will share recipe later yea :)