Tuesday 31 July 2012

Cendawan goreng tepung wth black peper

Bahan - bahan:
Cendawan tiram (oyster mushroom)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu tepung beras
Sedikit kapur
Sedikit garam
Sedikit air
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Semua bahan dicampur seperti membuat bancuhan pisang goreng kemudian celupkan cendawan dan digoreng ranggup......taburkan sedikit serbuk black pepper.
Utk memudahkan boleh mengguna tepung yg sudah siap dibeli dan boleh jgak menggunakan sotong ,udang or ayam...

Monday 30 July 2012

Ayam masak hijau

Bahan A
Beberapa ketul ayam
4 btg serai diketuk
1 labu bwg besar dipotong gelang
2&3 biji limau kasturi diambil jusnya
garam n serbuk perasa

Bahan B (Dikisar)
5 biji cili hijau
20 tangkai cili api hijau ikut pedas
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
sedikit halia

Cara membuadnya:
Ayam digoreng kunyit seperti biasa.
Tumiskan bahan yg dikisar dan serai sehingga wangi n pecah minyak
Masukkan ayam,bwg besar dan garam.
Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi dah siap!

Daging masak sambal kicap


Bahan A
Daging
1 btg serai diketuk
5 helai daun limau purut dikoyak
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
1 labu bawang besar dipotong gelang
minyak utk menumis
garam

Bahan B
Cili kisar
5 biji bwg merah
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit air

Cara Membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar dgn serai sehingga wangi.
2.Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut dan masukkan sedikit air sampai pecah minyak
3.Maukkan daun limau purut,sos tomato,kicap dan bawang besar dipotong gelang.
4.Masak sehingga pecah minyak dan sedia dihidang.


Saturday 28 July 2012

Homemade london oat raya cookies

Bahan-bahan:
140 gm butter
60 gm oat
45 gm gula kastor
60 gm kelapa kering
45 gm tepung jagung

Bahan hiasan:
Coklat masakan

Cara menyedia:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati.Masukkan kelapa kering dan gaul sebati.
2.Selepas itu,masukkan pula oat dan tepung jagung.Gaulkan doh sehingga sebati.
3.Kemudian bentukkan atau tekan meggunakan acuan.
4.Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.Setelah biskut sejuk,barulah dihiaskan.
    Selamat Buad!

Friday 27 July 2012

Homemade choc monster cookies

Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising
80 gm serbuk coklat
50 gm tepung ubi
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum

Cara membuatnya:
1.Campurkan mentega,gula aising dan pukul sehingga kembang.
2.Masukkan serbuk coklat dan gaul rata.
3.Masukkan pula tepung ubi,tepung jagaung dan tepung gandum gaul rata sehingga menjadi doh yg lembut.
4.Canai dan terapkan mengunakan acuan mengikut citarasa.
5.Bakar selama 20 minit bersuhu 180c.....Selamat Try!


Homemade M&M's cookies

Bahan-bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising
80 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
Cara membuatnya:
1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.
2.Masukkan semuan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata menjadi doh.
3.Bulatkan adunan dan masukkan dalam paper cup.
4.Hiaskan dgn M&M's.......bakar sehingga masak selama 20 minit bersuhu 180c.

Thursday 26 July 2012

Kurma telur wth kentang


Homemade murtabak maggi 4 sahur

Bahan n cara nak membuat murtabak maggi ni telah pun Kak Ami share dalam menu terdahulu yea....Selamat Buad!

Ayam goreng rempah

Resepinya Kak Ami dah share n post dalam menu terdahulu....

Kari isi ikan merah wth bendi

Bahan dan cara nak membuatnya sama seperti biasa ...

Tuesday 24 July 2012

Puding Caramel Gula Hangus

Bahan A (Karamel)
3 sudu makan gula halus
3 sudu makan air

Bahan B (Puding)
1 tin susu pekat (400 mililiter)
2 cawan air
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung jagung

Cara membuatnya:
1.Cairkan gula n air sehingga pekat(karamel) didlm kuali yg tidak lekat n tuangkan ke dlm loyang
2.Masukkan semua bahan puding dan gaul rata
3.Masukkan ke dlm loyang yg berisi karamel
4.Kukuskan selama 40 minit.Sejukkan semalaman
5.Terbalikkan perlahan-lahan ke dlm mangkuk n hidangkan(boleh hiaskan dgn buah2an koktel).....

Mr Squid Masak Kicap

Menu yg simple....Selamat Buad!!

Sambal tumis ikan masin

Bahan n cara nak membuad sambal tumis ikan masin ni sama dgn sambal ikan bilis cuma ikan masin tu digoreng terlebih dulu.....simple but menyelerakan...Selamat Buad :)

Menu 4 sahur - ikan bilis goreng n sardin tumis



Daging black pepper


Daging yg dipotong diperapkan bersama sos tiram,lada hitam yg ditumbuk but Kak Ami guna black pepper yg already made beli je....sedikit serbuk perasa selama setgh jam....bahan lain seperti bawang besar dipotong gelang.bawang putih dihiris nipis n sedikit halia tumis sehingga wangi n kemudian masukkan daging yg diperap tadi bubuh sedikit air masak sehingga daging lembut n at last masukkan sayur depand on u...Kak Ami masukkan brocolli....*bawang besar dipotong gelang masukkan last bersama beberapa cili api yg diketuk* siap dah!!