Saturday, 15 October 2011

kiwi cheese cake




hai selamat brhari minggu,,,,,pagi nie kak ami uploadkan gamba n resepi cheese cake tuk semua pengemar2 cheese cake sedunia n seantaronyer hihi........cheese cake mmg faveret kami ank branak kecuali my husband,,,,,,selalunyer kalu teringin nk mkn kek nie apalagi ke jusco laa kami sbb kat situ ader 'secret recipe' n cheese cakenyer mmg 'power' kak ami suke sbb kek kat situ semuanya tk terlalu sweet......ok now kak ami kasi resepi n cara mmbuat kiwi cheese cake

bahan dasar:
200gm biskut digestive-dihancurkan
50gm gula aising
60 gm mentega

bahan lapisan keju:
500gm krim keju
150gm gula
120gm yogurt tanpa perisa
3 bj telur
350gm isi buah kiwi-50gm dimasukkan dalam bahan,
300gm untuk lapisan atas kek

cara membuatnya:

- campurkan semua bahan dasar lalu digaul sebati
- kemudian tekankan ke dalam loyang utk dijadikan dasarnya.Ketepikan seketika
- pukul krim keju dan gula sehingga kembang dan lembut
- msukkan yogurt dan pukul shingga sebati
- pecahkan telur dan masukkan kedlm adunan krim keju
- tuangkan kedlm acuan atau loyang lalu di bakar pd suhu 140 darjah Celsius selama 70-85minit
- selepas kek masak,sapukan isi buah kiwi tadi di atas kek,hiaskan mengikut citarasa.