Monday, 17 October 2011

cucur blue hippo ! :)



bahan-bahan untuk doh :
-1kg ubi keledek.. direbus dan dilenyek
-2 cawan tepung gandum
-1cawan tepung beras

bahan-bahan untuk inti :
-1 biji kelapa diparut
-satu senduk cili kisar (cili boh)
-dua sudu serbuk kari
-serai, lengkuas, bawang besar  dan udang kering dikisar
- serbuk kunyit, garam dan gula

cara membuat :
1. campurkan semua ubi keledek yg telah direbus dan dilenyek dengan tepung dan diuli lembut.bulatkan menjadi doh.  
2. panaskan minyak , masukkan semua bahan kisar, kunyit, garam dan gula.
3. akhir sekali, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. angkat dan sejukkan.
4. masukkan 1sudu kecil inti dalam doh keledek yg dibulat tadidan buat hingga habis kemudian
   GORENG !